1.0.
DEFINISI
Pelbagai definisi boleh ditemui untuk
kita mengenali istilah Teaching Game For Understanding (TGFU). Antaranya
ialah seperti berikut :
1.1.
Mosston dan Ashworth ,1994
TGFU didefinisikan sebagai kurikulum
berasaskan permainan untuk kefahaman, ia merupakan suatu konsep pengajaran dan
pembelajaran yang dihasilkan oleh Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 untuk
kefahaman yang menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam dan luar kelas
supaya mereka tidak berasa bosan dengan pengajaran dan pembelajaran. Ia
mengandungi pelbagai kategori sukan dan permainan yang diajar melalui kognitif,
penemuan terbimbing dan pemikiran diversen.
1.2.
Araujo et al, 2007
Pendekatan TGFU adalah kepada pemahaman
taktikal dan strategi bermain sebelum kepada penguasaan teknik kemahiran.
Pelajar perlu memahami mengapa, bila dan di mana untuk melakukan sesuatu taktik
dan strategi dalam permainan sebelum mereka belajar bagaimana menguasai
kemahiran.
1.3.
Bunker dan Thorpe, 1986
Di samping definisi di atas, pengasas
sebenar Model TGFU pula mendefinisikan TGFU sebagai suatu kaedah pengajaran
yang berpusatkan permainan di mana konsep KENAPA permainan dilaksanakan diajar
terlebih dahulu sebelum konsep BAGAIMANA permainan dilaksanakan.
Hakikatnya, TGFU melibatkan proses
mengajar kanak-kanak suatu permainan yang dimodifikasi atau dipermudahkan agar
bersesuaian dengan tahap fizikal, sosial dan perkembangan mental. Namun begitu,
kanak-kanak tetap memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang sama daripada
permainan orang dewasa walaupun permainan yang yang mereka lalui bersifat lebih
mudah. Pengalaman ini akan membentuk kemahiran untuk mengatasi pihak lawan
dalam suatu sesi perlawanan. Justeru, kemahiran ini akan mengajar mereka
bagaimana membuat keputusan berkenaan persoalan “apa dan bagaimana untuk
melakukan sesuatu”. Sesungguhnya, kemahiran membuat keputusan seumpama ini akan
meningkatkan tahap keupayaan kanak-kanak untuk melihat peluang dan kemungkinan
yang boleh mereka gunakan untuk memenangi sesebuah perlawanan. Oleh yang
demikian, mereka akan menjadi lebih berkemahiran apabila melibatkan diri secara
lebih serius apabila dewasa sama ada untuk membangunkan kemahiran teknikal
seperti menangkap bola, mahupun pergerakan yang lebih strategik untuk
memperolehi kelebihan taktikal seperti membuat pukulan bola pendek daripada
panjang dalam permainan tenis.
Asas
utama yang menjadi tulang belakang TGFU ialah melatih kemahiran murid dalam
suatu kemahiran dalam pergerakan yang boleh digunapakai dalam permainan
sebenar. Seterusnya, apabila murid telah mahir, mereka akan dapat
mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk mencari ruang dan peluang sekali gus
menyusun strategi untuk menewaskan pihak lawan. Ini juga berkaitan dengan
kemahiran murid menganalisa situasi sebenar dan membuat keputusan dengan pantas
dan pastinya berkesan.
No comments:
Post a Comment